Benarkah ibu segala penyakit datang dari gula? Tidak? Kalau gula dalam darah terlalu rendah akan memberi musibah pada diri kita. Namun begitu jika berlebihan pun berbahaya juga!

Makanan dan minuman masakini kalau diamati betul2 ternyata kandungan gula sangat tinggi. Bagaimanakah cara yang perlu kita lakukan bagi melindungi anak2, suami dan diri kita dari mengambil gula dengan berlebihan…

Kalau biasa di rumah suka makan dan minum yang manis2 je, cuba kurangkan sedikit demi sedikit. Carilah alternatif, mungkin ganti dengan madu atau pun stevia. Percayalah lama kelamaan  terlalu manis tidak ada dalam kamus hidup!! Kasihlah diri kita dan keluarga demi kebahagian masa depan.

Tiada siapa boleh mengubah cara hidup kita.  Hanya kita! ya kita, yang boleh mengubah dengan izin Allah. Kita hanya ada dua pilihan dalam hidup ini. Yang baik untuk hidup ini dan yang tidak baik.

Percayalah penyakit kencing manis bukanlah penyakit yang boleh dipandang enteng. Ia adalah satu penyakit yang serius. Inilah penyakit yang boleh kita jauhi jika kita mahu. Ada orang mengatakan penyakit kencing manis ini adalah penyakit keturunan. Ye ke? Kalau kita selalu pastikan kadar gula dalam darah sentiasa rendah, macam mana tu? Keputusan di tangan kita. InsyaAllah.

image
Teh ni dimaniskan oleh daun stevia. Saya tidak suka guna daun stevia sebab daun ni berbau. Walaubagaimana pun demi kesihatan, stevia lebih baik dari gula.

image
Daun stevia. Madu pilihan saya!

Stevia mengandungi protein, iron, calcium, phosphorus, potassium, sodium, magnesium, zinc, vitamin A dan C. Stevia tiada kalori dan mampu mengawal gula dalam darah. Boleh menghalang kerosakan gigi dan penyakit gusi. Dikatakan boleh menyembuh berbagai penyakit kulit. Sesuai untuk penghidap kencing manis dan bagi orang2 yang bercita2 nak kuruskan badan!!

5 thoughts on “Gula.

  1. Puan, ‘stevia’ ni benar2 selamat ke? Kenapa ye baru akhir2 ni baru timbul ttg pengunaan ‘stevia’ selamat. Kdg risau juga bila manisnya trlalu kuat atau pekat..takut timbul masalah lain.

    1. InsyaAllah selamat. Tidak perlu masukkan banyak daun stevia dalam minuman . Saya tak pernah masak sira pisang guna stevia, nak cuba nanti dan masukkan daun pandan supaya harum.

  2. Saya dah cuba guna dlm mskn spt dalca, curry, kueh mueh..tapi tak ada seorg pun anak2 atau suami suka. Tapi kwn sy bila dpt kencing manis dgn mudah satu familinya guna stevia! Kdg sy ‘ugut’ famili dgn kisah ni tapi masuk angin keluar asap juga ada..

  3. Mula2 memang ler tak suka sebab rasanya pelik sgt. Lama2..akhirnya ‘gave up’ juga sebab rasanya tetap sy tak suka..

Leave a comment